Moga Hingga Ke Syurga

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

CInta Ridzuan & Aida

Lilypie Third Birthday tickers

CinTa Ridzuan & Aida 2

Lilypie Second Birthday tickers

Sunday, January 31, 2010

...Mati Itu Pasti...

Semalam kami pergi menyaksikan pengembumian Ibrahim..sungguh syahdu...Ibrahim Li di Tempat aku berkerja..meninggal dunia disebabkan kemalangan jalanraya...first time dalam sejarah Mozzaz ada kemalangan melibatkan kenderaan opis...dan kematian..syahdu sungguh...ptg jumaat hujan turun dengan lebatnye...jalan licin..pajero yang dinaiki hilang kawalan..menyebabkan pajero twist beberpa kali...3 org tercampak melalui pintu berlakang pajero...sungguh dasyat..Arwah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Batu Gajah...setelah bertarung nyawa hampir setengah jam...semasa mendapat panggilan telefon dari staff lain..dia sedang tenat..setengah jam kemudian arwah telah pergi buat selamanya...

Arwah seorang yang peramah walaupun baru 29 hari bersama nya..seperti sudah lama mengenalinya...sedih..arwah merupakan anak keempat dari tujuh orang adik beradik...sangat kagum dengan kedua orang tua arwah..sewaktu mereka tiba di Hospital BAtu Gajah dari Serdang Perak...mereka langsung tidak mengetahui bahawa arwah telah pergi...dalam pukul 9.00 malam Ibu n bapa arwah sampai...Doktor yang menyampaikan berita kematian arwah pada Ayah arwah...amat tenang ayah arwah...perkataan yang keluar dari mulut ayah arwah adalah"Tuhan Lebih sayangkan dia"  Ya ALLAH...bertapa tabahnya mereka..sedikit pun air mata tiada kelihatan di muka mereka...sungguh kagum... Ibu arwah menghidap darah tinggi yang kronik...namun bile mendapat tahu khabar mengatakan bahawa arwah telah pergi...dia tabah dan mampu tersenyum hanya mengatakan.."semua telah di tetapkanNya..."

Andai ini yang ku hadapi...aku tidak setabah ibu bapa arwah...aku menunggu sehingga arwah di bedah siasat tuk dibawa pulang ke rumah atok arwah di Kuala Kurau...kul 2 pagi kami sampai di rumah...aku tak leh tidur..terbayang muka arwah yang suka senyum ..."Ya ALLAH Tempatkatlah Ibrahim Bersama Orang2 yang soleh...Amin..

1 comment:

iNsAn KerDiL said...

salam kak...amin..moga ibrahim ditempatkan bersama2 orang2 soleh....takziah atas kematian staf...