Moga Hingga Ke Syurga

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

CInta Ridzuan & Aida

Lilypie Third Birthday tickers

CinTa Ridzuan & Aida 2

Lilypie Second Birthday tickers

Saturday, May 15, 2010

Sebuah Perkahwinan

Sesetengah orang yang sudah melalui alam rumah tangga mesti berfikir, bahawa dia perlu berubah kerana tanggungjawabnya kian bertambah. Dahulu, dia hanya perlu menjaga solatnya sahaja tetapi selepas berkahwin dia perlu menjaga solat dirinya dan juga isterinya. Begitulah jua pada makannya, sakitnya dan sebagainya.




Apabila kerap berfikir akan tanggungjawab, diri lama-kelamaan akan mula terdetik untuk membuat perubahan. Hati mesti terlebih dahulu berkata begini:




‘Bagaimana aku mahu mendidik anak-anak dan isteriku menjadi orang baik jika aku sendiri tidak dahulu menjadi baik’




Atau




‘Bolehkan anak-anak dan isteriku mahu mencontohi aku, kalau aku sendiri yang tidak berubah untuk menjadi baik’




Kesedaran sangat penting.

Di alam perkahwinan. Siapa sangka dengan adanya seorang suri (isteri), lelaki yang dahulunya pemalas tetapi selepas berkahwin menjadi rajin mengalahkan seorang wanita. Dialah yang membasuh baju dan dia juga yang menyiang ikan. Siapa lagi kalau bukan seorang isteri yang menjadi pendorong dan tulang belakang kepada perubahnnya.


Wanita ini ibarat kerak nasi, direndam dengan air, lama-kelamaan dia akan lembut. Suami hanya perlu menahan sabar. Kata lelaki sejati, Sabarlah sikit.



Sesungguhnya kehidupan di alam rumah tangga sangat memberi kesan ke dalam diri seseorang. Semakin banyak tanggungjawab yang dipikul semakin tinggi kesedaran dan perubahan yang bakal kita perolehi dan kecapi, tinggal lagi ia mahu dipraktikkan saja.Perkahwinan adalah medan perubahan,




Jika ia tidak menjadi MOTIVASI, ia bakal menjadi ROTI BASI yang bakal mewarnai alam perkahwinan.





2 comments:

iNsAn KerDiL said...

wauu..pengisian yang mantoppp....

iNsAn KerDiL said...

eahhhh yati nii..bising jee